Sabtu, 27 November 2010

Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.

ISIPADU  CECAIR

Aktiviti 1

Kemahiran : 6.2.2 Menyukat  isipadu cecair dengan  menggunakan unit bukan piawai.

Hasil Pembelajaran :   
                                   Pada akhir pembelajaran murid boleh mengukur isipadu cecair 
                                   dengan
menggunakan unit  bukan piawai .




Alat Bantu Mengajar  :  gelas , botol , cawan ,  baldi , tembikal ,  kad  merekod keputusan,  
                                          air,  cerek , mangkuk, Lembaran Kerja .



Langkah – langkah  pengajaran  dan  pembelajaran .


 LANGKAH  1

Guru memperkenalkan perkataan “ kosong  ,  separuh  dan   penuh ”  kepada  pelajar .

Guru  menjelaskan  keadaan  air  yang  diisi  dalam  gelas  satu  demi  satu .

Murid  diminta  untuk  membaca  perkataan  tersebut .



LANGKAH  2



1. Guru menerangkan cara menyukat isipadu cecair 
dengan   menggunakan  unit  bukan    

     piawai.


2.  Guru menggunakan  teknik demonstrasi  untuk  menunjukkan   cara  penyukatan  
      isipadu  cecair .

3.  Guru  mengira  bilangan gelas yang  dapat  diisi  bersama- sama  pelajar.   




4.  Selepas  pengajaran, guru akan  mengasingkan pelajar dalam kumpulan untuk  menjalankan  
     aktiviti pembelajaran. 

LANGKAH  3
1. Guru bahagikan  kelas dalam  7 kumpulan:
      4 kumpulan  tahap  rendah  dan  3  kumpulan pencapaian pelajar tahap rendah . Setiap 
       kumpulan  terdiri  daripada 4 orang  pelajar dan  bahan  disediakan .

2. Berikan setiap kumpulan satu set bekas.


LANGKAH 4 

 1.  Guru menerangkan  aktiviti, dan mengalakkan murid- murid belajar secara koperatif. 
2.   Seorang ahli kumpulan dipilih sebagai pencatat.

 Aktiviti untuk  murid  tahap rendah
i. Pelajar pencapaian tahap rendah Cuma  menyukat dan mencatatkan bilangan gelas yang disukat.
ii. Air yang sudah disukat dituang ke dalam baldi yang telah disediakan , contohnya : 


i.   Kira 1 gelas .
ii. langkah diteruskan  sehingga air  habis dituang dari bekas 


Nama kumpulan :
Bekas
Bilangan  gelas  yang diukur
Cerek 




Aktiviti untuk  murid  tahap tinggi

1.  Dalam aktiviti ini, ahli kumpulan ini haruslah buat anggaran bilangan gelas yang dapat disukat terlebih dahulu sebelum menyukat air dengan gelas .



Nama kumpulan :
Bekas:  cerek

Botol
Gelas
Anggaran


pengukuran









LANGKAH 5 

1. Minta pelajar membincangkan :  bekas manakah  ( botol air atau pot teh),    mengandungi kapasiti terkecil.
2. Setiap  wakil kumpulan  melaporkan jawapan masing-  masing  bersama – sama  dengan jawapan dari  aktiviti  yang  telah  dijalankan  .

 3.  Guru memastikan  jawapan  setiap  kumpulan lalu    memberi  pujian . 




1.  Jag mengandungi _________ gelas  air .
2.   Baldi mengandungi ___________  gelas  air .
3.  Air dalam satu botol  adalah ____________  daripada semagkuk  air  . 
4.  Air  dalam  baldi adalah  _________ kurang daripada  air dalam  jag .
5.  Satu botol  dan satu mangkuk  dapat diisi oleh  ____________ gelas  air .  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan