ISIPADU CECAIR
Aktiviti 1
Kemahiran : 6.2.2 Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai.
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid boleh mengukur isipadu cecair
dengan
menggunakan unit bukan piawai .
Alat Bantu Mengajar : gelas , botol , cawan , baldi , tembikal , kad merekod keputusan,
air, cerek , mangkuk, Lembaran Kerja .
Langkah – langkah pengajaran dan pembelajaran .
LANGKAH 1
Guru memperkenalkan perkataan “ kosong , separuh dan penuh ” kepada pelajar .
Guru menjelaskan keadaan air yang diisi dalam gelas satu demi satu .
Murid diminta untuk membaca perkataan tersebut .
LANGKAH 2
1. Guru menerangkan cara menyukat isipadu cecair
dengan menggunakan unit bukan
piawai.
2. Guru menggunakan teknik demonstrasi untuk menunjukkan cara penyukatan
isipadu cecair .
3. Guru mengira bilangan gelas yang dapat diisi bersama- sama pelajar.
4. Selepas pengajaran, guru akan mengasingkan pelajar dalam kumpulan untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran.
LANGKAH 3
1. Guru bahagikan kelas dalam 7 kumpulan:
4 kumpulan tahap rendah dan 3 kumpulan pencapaian pelajar tahap rendah . Setiap
kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar dan bahan disediakan .
2. Berikan setiap kumpulan satu set bekas.
LANGKAH 4
1. Guru menerangkan aktiviti, dan mengalakkan murid- murid belajar secara koperatif.
2. Seorang ahli kumpulan dipilih sebagai pencatat.
Aktiviti untuk murid tahap rendah
i. Pelajar pencapaian tahap rendah Cuma menyukat dan mencatatkan bilangan gelas yang disukat.
ii. Air yang sudah disukat dituang ke dalam baldi yang telah disediakan , contohnya :
i. Kira 1 gelas .
ii. langkah diteruskan sehingga air habis dituang dari bekas
Nama kumpulan : |
Bekas | Bilangan gelas yang diukur |
Cerek |
|
Aktiviti untuk murid tahap tinggi
1. Dalam aktiviti ini, ahli kumpulan ini haruslah buat anggaran bilangan gelas yang dapat disukat terlebih dahulu sebelum menyukat air dengan gelas .
Nama kumpulan : |
Bekas: cerek |
| Botol | Gelas |
Anggaran |
|
|
pengukuran |
|
|
LANGKAH 5
1. Minta pelajar membincangkan : bekas manakah ( botol air atau pot teh), mengandungi kapasiti terkecil.
2. Setiap wakil kumpulan melaporkan jawapan masing- masing bersama – sama dengan jawapan dari aktiviti yang telah dijalankan .
3. Guru memastikan jawapan setiap kumpulan lalu memberi pujian .
1. Jag mengandungi _________ gelas air .
2. Baldi mengandungi ___________ gelas air .
3. Air dalam satu botol adalah ____________ daripada semagkuk air .
4. Air dalam baldi adalah _________ kurang daripada air dalam jag .
5. Satu botol dan satu mangkuk dapat diisi oleh ____________ gelas air .